Thursday 28 June 2012

TARAF STIMULATHERAPY

Stimulatherapy merupakan satu modaliti rawatan komplimentari yang telah disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Stimulatherapy telah pun mempunyai badan pengamalnya sendiri yang dikenali sebagai Persatuan Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) dan telah diketuai oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP, PJK).


Stimulatherapy telah diasaskan sendiri oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah di mana rawatan komplimentari ini telah pun mencakupi segenap aspek rawatan komplimentari ataupun dengan bahasa yang ringkas sebagai satu rawatan yang holistik. Di dalam Stimulatherapy ada membincangkan mengenai anatomi manusia, elemen yang pelbagai, arah tenaga, warna, pemakanan, peminuman, bunyi, bau, emosi dan macam-macam lagi dan semua ini boleh diaplikasikan di dalam bentuk rawatan Stimulatherapy.


Saya sendiri pula telah berdaftar dengan KKM sejak 1 April 2011 yang lepas sebagai pengamal perubatan tradisional dan komplimentari tempatan manakala kebanyakkan ahli utama syarikat Darul Naim Wellness & Training Centre telah pun berdaftar dengan KKM.


InsyaALLAH, tidak akan timbul sedikit pun masalah mengenai taraf perubatan komplimentari Stimulaterapi ini.




Anda juga mungkin berminat untuk mengenali kami dengan lebih dekat. Di sini disediakan pautan Facebook saya sendiri dan syarikat saya, iaitu:




http://www.facebook.com/DarulNaimWellnessTrainingCentre


http://www.facebook.com/mohdsaidin.abdwahid





No comments:

Post a Comment