Sunday 1 July 2012

Punca Masalah Kesihatan



الْ يَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَثْمَمْتُ عَلَيْكُمْ
نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini, telah AKU (ALLAH) sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah AKU (ALLAH) lengkapkan ke atas kamu akan nikmatKU(ALLAH) dan AKU(ALLAH) redha Islam sebagai agama untuk kamu”. (Al-Maidah ayat 3, Kewajipan Remaja Muslim Hari ini, ms 7).

Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam salah sebuah kitabnya iaitu ‘Kewajipan Remaja Muslim Hari ini’ menafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kita dilarang menambahkan perkara yang tidak muafakat dengan syarak ataupun mengurangkan apa-apa yang ada di dalam agama Islam, tidak kiralah yang melibatkan hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Agama Islam telah mewariskan penganutnya cara hidup yang terbaik sama ada dari segi akhlak sesama manusia, akhlak sesama mahluk mahupun akhlak dengan ALLAH SWT. Selain itu, umat Islam juga diajar akan adab ketika makan dan minum, adab ketika menuntut ilmu, adab ketika berjimak, adab ketika solat, adab ketika bangun dari tidur, dan banyak lagi adab yang sebenarnya meliputi kehidupan seluruh manusia.

Ayat Al-Maidah ayat ke 3 tersebut menjadi bukti bahawa segala nikmat hanya akan tercapai sekiranya kita mengikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. secara seluruhnya. Islam telah menggariskan jalan kehidupan yang sangat sempurna, yang membolehkan umatnya mencapai kesempurnaan di dalam mencari harta, pengurusan kerajaan yang sempurna, hubungan kekeluargaan yang baik, kesihatan yang terjaga, dan banyak lagi.

Saya mendapati, kebanyakkan pelanggan yang mengalami masalah kesihatan adalah kerana mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ayuh kita mendalami, bagaimanakah cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan baginda.



No comments:

Post a Comment