Thursday 19 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 1)

Assalamualaikum.

Kali ini saya akan mula membincangkan pula mengenai permasalahan yang telah saya fokuskan di dalam ilmu perubatan Stimulatherapy.


Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada kertas kajian yang telah saya siapkan baru-baru ini yang bertajuk " Urutan Stimulatherapy Ke Arah Membantu Menyelesaikan Masalah Tenaga Lelaki Dalam Kalangan Lelaki Melayu Malaysia".


Mengikut penulis, masalah tenaga lelaki adalah satu gejala lazim zaman kini. Ia boleh berpunca dari masalah anus mengalami ‘Weakness’ lalu terjadi insufficient atau bekalan tenaga yang tidak mencukupi melalui saluran yang berkaitan, tenaga hayat yang masuk melalui hidung secara centripetal lalu masuk ke paru-paru (anus dan hidung merupakan organ pembukaan untuk paru-paru) akan menjejaskan tenaga untuk saluran paru-paru (akibat dari bukaan yang tersumbat atau terhalang di titik-titik yang berkaitan). 

Seperti yang penulis sebutkan sebentar tadi, anus merupakan organ pembukaan bersama-sama dengan hidung. Ini bermakna, sekiranya hidung mengalami masalah, secara automatiknya akan menjejaskan prestasi anus seseorang. Secara fisiologi konvensional atau perubatan barat, paru-paru akan mengalami masalah di dalam mengalikan udara yang membawa oksiden akibat dari hidung yang terganggu sama ada kerana selsema, di cekik dan sebagainya.

Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada jumlah oksigen yang mampu dibawa masuk ke dalam paru-paru, ataupun jumlah oksigen yang dihirup hidung itu adalah mencukupi tetapi paru-paru atau lebih tepat lagi alveoli-alveoli yang terletak di dalam paru-paru (seperti gugusan buah anggur yang berfungsi sebagai medium untuk membekalkan oksigen kepada darah dan membuang kardon dioksida daripada darah) tidak dapat melakukan proses penyerapan oksigen dan pembuangan karbon dioksida dengan darah yang melalui mengikut saluran yang berkenaan di permukaan alveoli tersebut secara effiesien.

 Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kapasiti dan kualiti oksigen yang bakal dibawa dan diagihkan oleh darah ke seluruh tubuh. Rendahnya kandungan oksigen di dalam darah yang bakal disalurkan ke seluruh tubuh pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh iaitu boleh menyebabkan organ-organ tubuh mahupun sel tidak mampu melaksanakan tugas dengan sempurna. 

Di dalam ilmu biologi, oksigen paling diperlukan oleh sel-sel  tubuh badan kita selain daripada nutrisi-nutrisi yang lain kerana oksigen inilah yang merupakan sumber tenaga utama kepada sel-sel tersebut. Bukti yang paling senang adalah, cuba anda tidak bernafas selama lebih kurang 3 minit, apakah yang akan jadi kepada diri anda? Mengikut kajian terhadap tubuh badan manusia biasa, sekiranya kita tidak mendapat bekalan oksigen untuk 2.5 minit, sel-sel otak akan mula mati dengan mendadak dan boleh menyebabkan koma dan sebagainya.

Manakala jika tubuh badan tidak menerima oksigen untuk 5 minit, tubuh badan kita akan mula mati. Di sinilah antara punca utama berlakunya masalah tenaga lelaki kerana beberapa gaya hidup yang tidak sihat. Mengikut Dato’ Rusly Abdullah di dalam buku perubatan Stimulatherapynya, paru-paru dikenali sebagai organ yang sangat mudah terkesan dengan faktor luaran sama ada cuaca, kandungan gas-gas merbahaya di dalam udara yang disedut, cara tidur, dan yang seumpama dengannya.

Kepada para pembaca yang masih belum biasa dengan istilah seperti alveoli dan sel darah merah, sila ikuti pautan ini:

Alveoli

http://en.wikipedia.org/wiki/Pulmonary_alveolus

Sel darah merah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sel_darah_merah


Di dalam ilmu perubatan Stimulatherapy, antara simptom yang menunjukkan organ paru-paru tidak dapat berfungsi dengan secara efisien adalah kulit yang kering, keradangan, bibir menggelupas dan sering batuk.

Antara penyebab kepada simptom ini adalah tubuh badan tidak menerima air yang cukup ataupun sistem metabolisma air di dalam badan yang tidak berfungsi dengan baik. Masalah ini juga kebiasannya berkait rapat dengan cara pemakanan kita.

Antara cara yang paling mudah yang biasa pihak kami lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah hanya dengan memberi bekalan Wali Drink kepada mereka yang memerlukan dan kesannya adalah sangat memuaskan, alhamdulillah.

Tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa tubuh badan memerlukan 7-8 gelas air di dalam sehari. Diri kita sendiri tahu bilakah air diperlukan kerana ALLAH SWT telah tetapkan kepada tubuh badan manusia yang normal, berapa banyakkah jumlah air yang diperlukan oleh tubuh.

Sekian, terima kasih.





Pautan yang berkaitan:

Mati Pucuk (Bahagian 1)

Mati Pucuk (Bahagian 2)

Mati Pucuk (Bahagian 3)

Mati Pucuk (Bahagian 4)




2 comments: