Saturday 28 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 5)

Assalamualaikum.

Kali ini saya akan berkongsi sebahagian dari kertas kajian yang telah saya siapkan beberapa bulan yang lepas, iaitu:


Pasangan bagi paru-paru adalah usus besar yang berfungsi menyerap air dan menyingkirkan bahan buangan yang sudah tidak diperlukan lagi. Ini dipersetujui dari segi perubatan komplimentari dan juga perubatan konvensional.

Kebiasaannya, orang yang ada masalah berkait dengan perut seperti ada rasa mual dan loya akan menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah yang menyebabkan krisis tenaga lelaki dan juga masalah yang berkait dengan wanita seperti senggugut dan sebagainya.

Sesetengah orang yang jahil sentiasa mengambil jalan mudah dengan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti paracetamol atau aspirin sahaja bagi mengekang deria rasa (sensitivity) semua organ dan tisu-tisu yang bermasalah dari menyampaikan isyarat kepada otak, bukannya menyelesaikan masalah yang sebenar iaitu sama ada usus besar tidak melaksanakan tugasnya dengan baik untuk menyerap air (cirit-birit) ataupun menyimpan najis untuk satu tempoh yang tidak sepatutnya (sembelit).

 Meskipun mengikut kajian perubatan, najis masih mempunyai banyak tenaga yang masih belum diserap, tetapi ianya adalah sudah tidak sesuai untuk digunakan oleh manusia kerana perut manusia berlainan dengan perutbinatang. Ini juga akan memberi kesan kepada tahap kesihatan tubuh badan dan secara automatiknya akan menimbulkan masalah yang lebih kritikal iaitu masalah tenaga lelaki kerana seperti yang penulis sering tegaskan, masalah tenaga lelaki bukanlah masalah induk kepada seseorang lelaki, tetapi ia merupakan pemandu arah penting bagi mengetahui tahap kesihatan tubuh badan seseorang lelaki.

CARA MENGATASI MASALAH YANG BERKAIT DENGAN PERUT

# Kebiasaannya, punca kepada masalah yang berkait dengan perut adalah kerana tuan perut itu sendiri yang tidak menjaganya dengan baik.

Dari Nabi SAW, baginda SAW bersabda:

مَا مَلأَ آدَمِيٌ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ, بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ لُقِيْمَاتٌ
يُقِمْنَ صُلْبَهُ, فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَثُلُثٌ لِطُعَامِهِ وَثُلُثٌ
لِشَرَا بِهِ وَثُلُثٌ لِنَفْسِهِ

"Tidak ada bejana yang lebih buruk yang dipenuhi oleh manusia melainkan perut (nya sendiri). Cukuplah seseorang itu mengguna beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa, maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan, sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga yang lain untuk bernafas."

(Ditakhrij oleh At-Tirmizi, Ibnu Majad dan Al-Hakim serta Ibnu Hibban.)


Makanan berasid tinggi, mempunyai pengawet berbahaya, pewarna yang terlarang, kandungan gula yang tinggi, makanan berlemak tinggi, minuman bergas, dan macam-macam lagi yang telah kita sumbatkan ke dalam tubuh kita, tanpa kita ambil makanan berkhasiat yang mencukupi untuk mengatasi semula masalah yang bakal timbul.

Berikut antara piramid makanan terbaru yang telah dikeluarkan atau disarankan.



IKLAN

Di dalam minuman herba Wali Drink, terdapat sejenis herba yang telah digunakan iaitu halia. Halia sangat berkesan di dalam menyelesaikan masalah-masalah seperti sering kentut, sembelit, mual, sakit pinggan dan macam-macam lagi, insya-ALLAH.

Adalah sukar untuk memakan halia dengan begitu sahaja kerana ia tidaklah sesedap buah kurma. Oleh itu, Dato' Dr. Rusly Abdullah telah mereka satu formulasi khas di dalam memberi kemudahan untuk pengguna merasai kehebatan herba-herba yang telah saya kongsikan sejak kebelakangan ini.

Sekiranya ingin mengajukan sebarang pertanyaan atau pun ingin mencuba formulasi herba ini, bolehlah hubungi saya (lelaki), 013-3079850 ataupun Pn Fauziah (perempuan), 017-0132542.

Pautan yang berkaitan:





Mati Pucuk (Bahagian 5)



Sumber:


     Imam Al Ghazali. Ihya' 'Ulumiddin, Jilid 2.

     Ibnu Qayyim Al Jauzi, At-Tibb An-Nabawiy.

      Mohd Saidin bin Abd Wahid, 2012. Urutan Stimulatherapy Ke Arah Membantu Menyelesaikan Masalah Tenaga Lelaki Dalam Kalangan Lelaki Melayu Malaysia- Satu Kajian.

      Dato’ Dr. Rusly Abdullah DIMP, PJK, 2011. Stimulatherapy Workshop On Acupressure Advanced Sub Module Part Two.

      Dato’ Dr. Rusly Abdullah DIMP, PJK, 2009. Program Kursus Perubatan Komplimentari Stimulatherapy.

      Intan Nur Laily Ahmad, 2009. Urutan Minda Stimulatherapy Ke Arah Membentuk Sahsiah, Sikap Dan Kecerdasan Kanak-Kanak Melayu Di Sekolah Rendah – Satu Kajian.

http://en.wikipedia.org/wiki/Date_fruit#Fruit

http://pu22le.blogspot.com/2009/07/piramid-makanan.html

http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/biobk/biobookdigest.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Large_intestine

http://en.wikipedia.org/wiki/Complimentary_medicine

http://en.wikipedia.org/wiki/Aspirin

http://en.wikipedia.org/wiki/Paracetamol

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lemah_tenaga_batin

http://en.wikipedia.org/wiki/Human_feces

http://en.wikipedia.org/wiki/Digestive_system

http://en.wikipedia.org/wiki/Digestion

http://en.wikipedia.org/wiki/Constipation

http://en.wikipedia.org/wiki/Diarrhea

http://en.wikipedia.org/wiki/Ginger





No comments:

Post a Comment