Wednesday 8 August 2012

SEMBELIT

Assalamualaikum.

Kali ini saya berminat untuk berkongsi sedikit pengetahuan saya mengenai masalah sembelit.

APAKAH ITU SEMBELIT?

Sembelit adalah satu simptom kepada masalah yang berlaku di bahagian usus besar tubuh badan manusia. Sembelit boleh diertikan sekiranya seseorang yang normal itu tidak melakukan proses buang air besar di dalam tempoh 2 hari. Menurut tinjauan pihak kami, orang yang sihat kebiasaannya melakukan proses buang air besar 2 kali sehari, kecuali ketika bulan Ramadhan.

TANDA BERLAKUNYA MASALAH SEMBELIT.

Kebiasaannya, mereka yang mempunyai masalah sembelit akan mengalami keadaan sedemikian:

- Tidak membuang air besar untuk beberapa hari (Saya pernah terjumpa yang tidak membuang air besar untuk hampir seminggu).
- Perut kembung, kejang atau sakit (Orang Kelantan memberikannya istilah 'Mulah perut').
- Kesakitan yang ketara di bahagian punggung ketika membuang air besar.
- Mengalami masalah di bahagian kaki seperti kerap kebas ataupun mudah lenguh.


PUNCA SEMBELIT

Di dalam ilmu perubatan Stimulatherapy, sembelit adalah simptom kepada masalah ketidakcekapan usus besar untuk berfungsi.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya sembelit, iaitu:

1. Kekurangan air.
2. Gaya hidup yang tidak aktif.
3. Kurang serat di dalam pemakanan.
4. Kerap menahan buang air besar.
5. Strok.

Dan sebagainya.

KESAN SEMBELIT.

Sekiranya masalah sembelit ini berlarutan tanpa sebarang ikhtiar yang dilakukan, masalah buasir mungkin akan timbul. Bukan itu sahaja, lebih banyak masalah yang kronik akan timbul seperti jangkitan kuman, rektum yang terkeluar dan yang seumpama dengannya.

RAWATAN

Antara cara rawatan yang biasa pihak kami lakukan adalah:
1. Dengan mengurut di beberapa bahagian yang terbabit di dalam ilmu perubatan Stimulatherapy iaitu di kepala, tangan dan kaki.
2. Minuman herba wali drink sahaja sudah mencukupi kerana terdapat pelbagai herba yang dapat mengatasi masalah ini dengan izin ALLAH SWT seperti Calotropis Gigantea dan Anethum Graveolens.
3. Nasihat pemakanan.

CARA MENCEGAHNYA.

Di sini adalah beberapa langkah ringkas bagi mencegah masalah sembelit, iaitu:

- Jangan menahan untuk membuang air besar.
- Amalkan gaya hidup yang cergas.
- Makan pelbagai jenis makanan yang berkhasiat dan kurangkan makanan ringan.
- Berserah kepada ALLAH SWT.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment