Saturday 28 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 5)

Assalamualaikum.

Kali ini saya akan berkongsi sebahagian dari kertas kajian yang telah saya siapkan beberapa bulan yang lepas, iaitu:


Pasangan bagi paru-paru adalah usus besar yang berfungsi menyerap air dan menyingkirkan bahan buangan yang sudah tidak diperlukan lagi. Ini dipersetujui dari segi perubatan komplimentari dan juga perubatan konvensional.

Kebiasaannya, orang yang ada masalah berkait dengan perut seperti ada rasa mual dan loya akan menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah yang menyebabkan krisis tenaga lelaki dan juga masalah yang berkait dengan wanita seperti senggugut dan sebagainya.

Sesetengah orang yang jahil sentiasa mengambil jalan mudah dengan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti paracetamol atau aspirin sahaja bagi mengekang deria rasa (sensitivity) semua organ dan tisu-tisu yang bermasalah dari menyampaikan isyarat kepada otak, bukannya menyelesaikan masalah yang sebenar iaitu sama ada usus besar tidak melaksanakan tugasnya dengan baik untuk menyerap air (cirit-birit) ataupun menyimpan najis untuk satu tempoh yang tidak sepatutnya (sembelit).

 Meskipun mengikut kajian perubatan, najis masih mempunyai banyak tenaga yang masih belum diserap, tetapi ianya adalah sudah tidak sesuai untuk digunakan oleh manusia kerana perut manusia berlainan dengan perutbinatang. Ini juga akan memberi kesan kepada tahap kesihatan tubuh badan dan secara automatiknya akan menimbulkan masalah yang lebih kritikal iaitu masalah tenaga lelaki kerana seperti yang penulis sering tegaskan, masalah tenaga lelaki bukanlah masalah induk kepada seseorang lelaki, tetapi ia merupakan pemandu arah penting bagi mengetahui tahap kesihatan tubuh badan seseorang lelaki.

CARA MENGATASI MASALAH YANG BERKAIT DENGAN PERUT

# Kebiasaannya, punca kepada masalah yang berkait dengan perut adalah kerana tuan perut itu sendiri yang tidak menjaganya dengan baik.

Dari Nabi SAW, baginda SAW bersabda:

مَا مَلأَ آدَمِيٌ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ, بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ لُقِيْمَاتٌ
يُقِمْنَ صُلْبَهُ, فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَثُلُثٌ لِطُعَامِهِ وَثُلُثٌ
لِشَرَا بِهِ وَثُلُثٌ لِنَفْسِهِ

"Tidak ada bejana yang lebih buruk yang dipenuhi oleh manusia melainkan perut (nya sendiri). Cukuplah seseorang itu mengguna beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa, maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan, sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga yang lain untuk bernafas."

(Ditakhrij oleh At-Tirmizi, Ibnu Majad dan Al-Hakim serta Ibnu Hibban.)


Makanan berasid tinggi, mempunyai pengawet berbahaya, pewarna yang terlarang, kandungan gula yang tinggi, makanan berlemak tinggi, minuman bergas, dan macam-macam lagi yang telah kita sumbatkan ke dalam tubuh kita, tanpa kita ambil makanan berkhasiat yang mencukupi untuk mengatasi semula masalah yang bakal timbul.

Berikut antara piramid makanan terbaru yang telah dikeluarkan atau disarankan.



IKLAN

Di dalam minuman herba Wali Drink, terdapat sejenis herba yang telah digunakan iaitu halia. Halia sangat berkesan di dalam menyelesaikan masalah-masalah seperti sering kentut, sembelit, mual, sakit pinggan dan macam-macam lagi, insya-ALLAH.

Adalah sukar untuk memakan halia dengan begitu sahaja kerana ia tidaklah sesedap buah kurma. Oleh itu, Dato' Dr. Rusly Abdullah telah mereka satu formulasi khas di dalam memberi kemudahan untuk pengguna merasai kehebatan herba-herba yang telah saya kongsikan sejak kebelakangan ini.

Sekiranya ingin mengajukan sebarang pertanyaan atau pun ingin mencuba formulasi herba ini, bolehlah hubungi saya (lelaki), 013-3079850 ataupun Pn Fauziah (perempuan), 017-0132542.

Pautan yang berkaitan:





Mati Pucuk (Bahagian 5)



Sumber:


     Imam Al Ghazali. Ihya' 'Ulumiddin, Jilid 2.

     Ibnu Qayyim Al Jauzi, At-Tibb An-Nabawiy.

      Mohd Saidin bin Abd Wahid, 2012. Urutan Stimulatherapy Ke Arah Membantu Menyelesaikan Masalah Tenaga Lelaki Dalam Kalangan Lelaki Melayu Malaysia- Satu Kajian.

      Dato’ Dr. Rusly Abdullah DIMP, PJK, 2011. Stimulatherapy Workshop On Acupressure Advanced Sub Module Part Two.

      Dato’ Dr. Rusly Abdullah DIMP, PJK, 2009. Program Kursus Perubatan Komplimentari Stimulatherapy.

      Intan Nur Laily Ahmad, 2009. Urutan Minda Stimulatherapy Ke Arah Membentuk Sahsiah, Sikap Dan Kecerdasan Kanak-Kanak Melayu Di Sekolah Rendah – Satu Kajian.

http://en.wikipedia.org/wiki/Date_fruit#Fruit

http://pu22le.blogspot.com/2009/07/piramid-makanan.html

http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/biobk/biobookdigest.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Large_intestine

http://en.wikipedia.org/wiki/Complimentary_medicine

http://en.wikipedia.org/wiki/Aspirin

http://en.wikipedia.org/wiki/Paracetamol

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lemah_tenaga_batin

http://en.wikipedia.org/wiki/Human_feces

http://en.wikipedia.org/wiki/Digestive_system

http://en.wikipedia.org/wiki/Digestion

http://en.wikipedia.org/wiki/Constipation

http://en.wikipedia.org/wiki/Diarrhea

http://en.wikipedia.org/wiki/Ginger





Wednesday 25 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 4)

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu faktor utama yang menyebabkan timbulnya masalah kesihatan yang kronik seperti pembentukan batu karang. Kebiasaannya, kaum lelaki yang telah dikesan mempunyai masalah batu karang ini akan dilanda beberapa masalah seperti:

1- Terasa sangat sakit ketika membuang air kecil.
2- Sukar untuk membuang air kecil.
3- Masalah tenaga batin.
4- Dan pelbagai lagi masalah kronik yang lain.

Suka untuk saya menghuraikan setiap masalah yang telah dinyatakan di atas.

1. Pembawa batu karang akan menghadapi kesakitan yang sukar untuk digambarkan ketika hendak membuang air kecil kerana batu karang yang bersaiz matang akan membawa masalah yang besar iaitu saluran kencing tersumbat. 

Apabila saluran kencing tersumbat atau mengecil sedangkan air kencing yang perlu melalui saluran tersebut tetap menggunakan halaju yang sama, tekanan yang terpaksa ditanggung oleh saluran ureter dan ini pastinya akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat.

Saya pernah mendalami ilmu fizik beberapa masa yang lepas dan di sini ingin saya kaitkan sedikit dengan ilmu perubatan Stimulatherapy ini. Antara yang boleh dikaitkan adalah tekanan, tekanan cecair ataupun kaitan antara ketumpatan dan tekanan. Mungkin ada di antara pembaca yang kurang faham akan penjelasan yang terdapat di dalam pautan yang saya kongsikan itu. Oleh itu, ini adalah kesimpulan yang dibuat oleh saya, iaitu:

- Semakin mengecil diameter laluan saluran kencing (kerana disekat oleh batu karang) sedangkan air kencing bergerak dengan halaju yang sama ataupun berkurang sedikit sahaja, semakin tinggi tekanan yang dihasilkan oleh cecair tersebut dan dinding ureter terpaksa menampung tekanan tersebut yang kebiasaannya mengakibatkan kesakitan ataupun lebih teruk lagi, kecederaan.

2. Masalah ini terjadi adalah kerana ia merupakan kesinambungan kepada masalah yang pertama sebentar tadi. Orang yang mengalami kesakitan ketika membuang air kecil, sukar untuk menerima hakikat bahawa dia perlu merasainya sekali lagi, kemudian sekali lagi, kemudian berulang lagi.

3. Adalah amat sukar untuk seseorang yang mengalami  kesakitan di bahagian pinggang, ari-ari dan zakar mempunyai nafsu seks yang tinggi. Dan kesakitan ataupun kecederaan yang dialami akibat daripada masalah batu karang ini berpotensi menyebabkan timbulnya masalah lemah tenaga batin ataupun mati pucuk.

4. Kenapakah saya menyatakan penghidap masalah batu karang ini berpotensi untuk menghidap pelbagai lagi penyakit kronik yang lain? Kerana kebiasaan mereka yang mengalami masalah batu karang ini adalah individu yang kurang mengambil berat akan kesihatan tubuh badan mereka. Adalah tidak menghairankan sekiranya orang seperti ini mempunyai pelbagai penyakit kronik di dalam bentuk pakej.


FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH
Apakah antara faktor utama masalah batu karang ini? Di dalam pautan yang saya kongsikan sebentar tadi mengatakan dari segi diet, pembentukan kristal kerana terlebih bahan-bahan tertentu. Suka saya kongsikan di sini bahawa antara faktor utama berlakunya masalah ini adalah kerana sikap gemar menahan buang air kecil.

Ada ulamak yang mengatakan, bahawa menahan air kecil itu merosakkan badan, sebagaimana sungai merosakkan sekelilingnya apabila tersumbat tempat mengalirnya.

Mengikut pengalaman saya ketika menuntut di Sekolah Menengah Dato' Ahmad Maher, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ataupun di Universiti Malaya beberapa tahun yang lepas, ramai kaum muda yang gemar mengamalkan tabiat menahan buang air kecil ini terutamanya ketika kelas berlangsung, biarpun terpaksa menahan selama 2 jam!

Antara faktor yang menyebabkan mereka mengamalkan tabiat menahan buang air kecil ini adalah kerana malu. Aduhai saudara-saudaraku, lupakah anda akan hari di mata-mata terbeliak? Tidakkah anda takut sekiranya dipersoalkan oleh ALLAH SWT, kenapakah anda tidak memelihara nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT?

Tetapi jika mati pucuk adalah keinginan anda, teruskanlah dengan mengamalkan tabiat ini!

IKLAN

Di dalam minuman herba wali drink yang diformulasikan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP,PJK), terdapat sejenis herba yang dicampur bersama iaitu Amomum Cardamomum.


Herba ini sering digunakan untuk memecahkan batu karang dan seterusnya melancarkan kembali pengaliran air kencing, insya-ALLAH.

Pernah seorang pesakit saya yang mempunyai masalah batu karang ini meminum minuman wali drink untuk 2 kali dan di dalam jangka masa tersebut, pinggangnya terasa amat sakit dan sukar untuk berdiri tegak.


Selang beberapa hari, alhamdulillah, masalah itu selesai.

Sekian, terima kasih.



Sumber:
     Imam Al Ghazali. Ihya' 'Ulumiddin, Jilid 2.

      Mohd Saidin bin Abd Wahid, 2012. Urutan Stimulatherapy Ke Arah Membantu Menyelesaikan Masalah Tenaga Lelaki Dalam Kalangan Lelaki Melayu Malaysia- Satu Kajian.

      Dato’ Dr. Rusly Abdullah DIMP, PJK, 2011. Stimulatherapy Workshop On Acupressure Advanced Sub Module Part Two.

      Dato’ Dr. Rusly Abdullah DIMP, PJK, 2009. Program Kursus Perubatan Komplimentari Stimulatherapy.

      Intan Nur Laily Ahmad, 2009. Urutan Minda Stimulatherapy Ke Arah Membentuk Sahsiah, Sikap Dan Kecerdasan Kanak-Kanak Melayu Di Sekolah RendahSatu Kajian.

     
         http://hyperphysics.phyastr.gsu.edu/hbase/pflu.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Pressure

http://en.wikipedia.org/wiki/Kidney_stone

http://physics.info/pressure-volume/



Pautan yang berkaitan:

Mati Pucuk (Bahagian 1)

Mati Pucuk (Bahagian 2)

Mati Pucuk (Bahagian 3)

Mati Pucuk (Bahagian 4)



Monday 23 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 3)

Assalamualaikum.

Mati pucuk adalah satu masalah yang berkait dengan kesihatan yang sangat kritikal. Mati pucuk merupakan satu bentuk masalah yang merupakan kesinambungan kepada masalah lemah batin seseorang lelaki.

Masalah tenaga batin seseorang lelaki boleh terjadi atas beberapa sebab antaranya adalah masalah fikiran, masalah kesihatan ataupun kemalangan. 

Masalah fikiran biasanya terjadi apabila sesuatu permasalahan yang berlaku di dalam hidup seseorang lelaki itu telah menjadikan dia mengalami stress yang keterlaluan. Ekonomi, hubungan sosial, kurang didikan agama merupakan beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah fikiran ini.

Masalah kesihatan pula kebiasannya berlaku kepada mereka yang tidak mengambil berat akan soal kesihatan diri mereka sendiri. Contohnya adalah masalah batu karang, kencing manis, obesiti dan yang seumpama dengannya. Antara punca berlakunya masalah ini adalah seperti kerap menahan buang air kecil atau air besar, tidak bersenam, gemar akan makanan yang diawet dan sebagainya.

Selain itu, kemalangan juga boleh menyumbang kepada masalah lemah tenaga lelaki ini. Tidak perlu saya menyebut contohnya di sini kerana saya tidak sanggup untuk menggambarkannya dan anda sendiri sudah faham apakah yang saya maksudkan di sini.

Sebelum saya menghuraikan lebih lanjut akan ketiga-tiga permasalahan tersebut, sukacitanya di sini ingin saya berkongsi dengan anda sebahagian simptom-simptom yang menandakan anda sudah pun mengalami masalah mati pucuk ataupun berisiko untuk mengalaminya (masalah lemah batin). Antaranya ialah:

1. Pedih ketika membuang air kecil.
2. Dedas (Tidak puas membuang air kecil).
3. Zakar tidak meregang ketika waktu bangun dari tidur/ waktu Subuh.
4. Kerap kebas kaki ataupun tangan.
5. Kerap sakit kepala / migrain.
6. Air kencing yang terlalu keruh.
7. Air kencing yang bercabang.
8. Tidak mampu mengawal pembuangan air kecil [Kritikal]
9. Terasa terbakar di bahagian zakar ketika membuang air kecil.
10. Sering sembelit atau cirit birit.

Antara herba yang boleh digunakan untuk mengatasi simptom-simptom yang saya sebutkan sebentar tadi adalah Calotropis Gigantea. Sayangnya, saya masih belum dapat berkongsi bagaimanakah cara penggunaannya kerana setakat ini pihak kami hanya menggunakan minuman herba yang diformulasikan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP, PJK) sahaja kerana ianya adalah lebih mudah, berkesan (Insya-ALLAH) dan murah.


Kesimpulannya, berhati-hati di dalam memilih pemakanan anda, pastikan anda bersenam, jaga hak-hak ALLAH SWT dan sebagainya, insya-ALLAH akan memperolehi kehidupan yang bahagia.





Pautan yang berkaitan:



Mati Pucuk (Bahagian 3)





Friday 20 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 2)

Assalamualaikum.

Mati pucuk merupakan salah satu petanda yang menunjukkan bahawa tubuh badan seseorang lelaki itu sedang dilanda masalah kesihatan yang sangat serius.

Kita biasa mendengar istilah masalah lemah batin dan masalah mati pucuk. Bunyinya hampir serupa tetapi kenyataan yang dibawa oleh keduanya adalah jauh berbeza. Contohnya, di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila rujuk (Sila klik di sini) dan (Sila klik di sini).

Menurut Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP, PJK), pengasas dan presiden Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) di dalam salah sebuah buku teks yang dihasilkannya, masalah tenaga lelaki ini boleh dibahagikan kepada 4 tahap. Manakala menurut pendapat saya sendiri pula, masalah ini boleh dibahagikan kepada 5, iaitu:

Tahap 1: Normal.

Tahap 2: Hilang nafsu seks waktu malam tetapi ada sedikit di waktu subuh. Zakar masih boleh ereksi waktu subuh.

Tahap 3: Tiada nafsu hampir sepanjang malam dan subuh. Zakar mulai sukar untuk ereksi.

Tahap 4: Pengaliran tenaga yang amat sedikit menyebabkan ginjal lemah dan ereksi zakar adalah kritikal. Zakar boleh tiba-tiba menjadi lembik ketika sedang bersetubuh.

Tahap 5: Zakar gagal berfungsi bagi suatu tempoh yang agak lama - lebih 3 minggu. Boleh dianggap mati pucuk.

Sekali lagi ditegaskan, setiap tahap mewakili kualiti kesihatan pada tubuh badan seseorang.

Berikut merupakan sebahagian data yang telah saya berjaya kumpulkan mengenai masalah tenaga lelaki.


Terdapat terlalu banyak punca berlakunya masalah tenaga lelaki ini dan perkara ini bakal dibincangkan dengan lebih lanjut oleh pihak kami atau saya sendiri kelak insya-ALLAH.

Masalah datang dengan penyelesaiannya. Perubatan konvensional dengan caranya tersendiri, begitu juga dengan perubatan Stimulatherapy ini.

Berikut merupakan langkah rawatan yang dilalui oleh kebanyakkan pelanggan kami, video penerangan.

Sekiranya seseorang lelaki itu masih berada di tahap yang ke 3  di mana kebanyakkan lelaki Melayu termasuk di dalam golongan ini, kebiasaannya hanya mencukupi dengan meminum air ramuan herba khas yang disediakan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah yang juga dikenali sebagai Wali Drink.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya sendiri ataupun Pn. Fauziah dan juga laman fan page kami.

Sekian terima kasih.


Pautan yang berkaitan:

Mati Pucuk (Bahagian 1)

Mati Pucuk (Bahagian 2)

Mati Pucuk (Bahagian 3)

Mati Pucuk (Bahagian 4)


Thursday 19 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 1)

Assalamualaikum.

Kali ini saya akan mula membincangkan pula mengenai permasalahan yang telah saya fokuskan di dalam ilmu perubatan Stimulatherapy.


Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada kertas kajian yang telah saya siapkan baru-baru ini yang bertajuk " Urutan Stimulatherapy Ke Arah Membantu Menyelesaikan Masalah Tenaga Lelaki Dalam Kalangan Lelaki Melayu Malaysia".


Mengikut penulis, masalah tenaga lelaki adalah satu gejala lazim zaman kini. Ia boleh berpunca dari masalah anus mengalami ‘Weakness’ lalu terjadi insufficient atau bekalan tenaga yang tidak mencukupi melalui saluran yang berkaitan, tenaga hayat yang masuk melalui hidung secara centripetal lalu masuk ke paru-paru (anus dan hidung merupakan organ pembukaan untuk paru-paru) akan menjejaskan tenaga untuk saluran paru-paru (akibat dari bukaan yang tersumbat atau terhalang di titik-titik yang berkaitan). 

Seperti yang penulis sebutkan sebentar tadi, anus merupakan organ pembukaan bersama-sama dengan hidung. Ini bermakna, sekiranya hidung mengalami masalah, secara automatiknya akan menjejaskan prestasi anus seseorang. Secara fisiologi konvensional atau perubatan barat, paru-paru akan mengalami masalah di dalam mengalikan udara yang membawa oksiden akibat dari hidung yang terganggu sama ada kerana selsema, di cekik dan sebagainya.

Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada jumlah oksigen yang mampu dibawa masuk ke dalam paru-paru, ataupun jumlah oksigen yang dihirup hidung itu adalah mencukupi tetapi paru-paru atau lebih tepat lagi alveoli-alveoli yang terletak di dalam paru-paru (seperti gugusan buah anggur yang berfungsi sebagai medium untuk membekalkan oksigen kepada darah dan membuang kardon dioksida daripada darah) tidak dapat melakukan proses penyerapan oksigen dan pembuangan karbon dioksida dengan darah yang melalui mengikut saluran yang berkenaan di permukaan alveoli tersebut secara effiesien.

 Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kapasiti dan kualiti oksigen yang bakal dibawa dan diagihkan oleh darah ke seluruh tubuh. Rendahnya kandungan oksigen di dalam darah yang bakal disalurkan ke seluruh tubuh pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh iaitu boleh menyebabkan organ-organ tubuh mahupun sel tidak mampu melaksanakan tugas dengan sempurna. 

Di dalam ilmu biologi, oksigen paling diperlukan oleh sel-sel  tubuh badan kita selain daripada nutrisi-nutrisi yang lain kerana oksigen inilah yang merupakan sumber tenaga utama kepada sel-sel tersebut. Bukti yang paling senang adalah, cuba anda tidak bernafas selama lebih kurang 3 minit, apakah yang akan jadi kepada diri anda? Mengikut kajian terhadap tubuh badan manusia biasa, sekiranya kita tidak mendapat bekalan oksigen untuk 2.5 minit, sel-sel otak akan mula mati dengan mendadak dan boleh menyebabkan koma dan sebagainya.

Manakala jika tubuh badan tidak menerima oksigen untuk 5 minit, tubuh badan kita akan mula mati. Di sinilah antara punca utama berlakunya masalah tenaga lelaki kerana beberapa gaya hidup yang tidak sihat. Mengikut Dato’ Rusly Abdullah di dalam buku perubatan Stimulatherapynya, paru-paru dikenali sebagai organ yang sangat mudah terkesan dengan faktor luaran sama ada cuaca, kandungan gas-gas merbahaya di dalam udara yang disedut, cara tidur, dan yang seumpama dengannya.

Kepada para pembaca yang masih belum biasa dengan istilah seperti alveoli dan sel darah merah, sila ikuti pautan ini:

Alveoli

http://en.wikipedia.org/wiki/Pulmonary_alveolus

Sel darah merah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sel_darah_merah


Di dalam ilmu perubatan Stimulatherapy, antara simptom yang menunjukkan organ paru-paru tidak dapat berfungsi dengan secara efisien adalah kulit yang kering, keradangan, bibir menggelupas dan sering batuk.

Antara penyebab kepada simptom ini adalah tubuh badan tidak menerima air yang cukup ataupun sistem metabolisma air di dalam badan yang tidak berfungsi dengan baik. Masalah ini juga kebiasannya berkait rapat dengan cara pemakanan kita.

Antara cara yang paling mudah yang biasa pihak kami lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah hanya dengan memberi bekalan Wali Drink kepada mereka yang memerlukan dan kesannya adalah sangat memuaskan, alhamdulillah.

Tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa tubuh badan memerlukan 7-8 gelas air di dalam sehari. Diri kita sendiri tahu bilakah air diperlukan kerana ALLAH SWT telah tetapkan kepada tubuh badan manusia yang normal, berapa banyakkah jumlah air yang diperlukan oleh tubuh.

Sekian, terima kasih.





Pautan yang berkaitan:

Mati Pucuk (Bahagian 1)

Mati Pucuk (Bahagian 2)

Mati Pucuk (Bahagian 3)

Mati Pucuk (Bahagian 4)




Tuesday 17 July 2012

Kualiti kehidupan remaja.

Assalamualaikum.


Mengikut kata para ulamak, penyakit itu terbahagi kepada dua. Yang pertama adalah penyakit zahiriah ataupun penyakit fizikal seperti masalah mati pucuk, kencing manis, gout dan yang seumpama dengannya. Manakala penyakit yang kedua adalah penyakit rohani.


Kali ini saya tidak akan menyentuh lagi isu penyakit rohani. Apa yang ingin dikongsi oleh saya adalah sebahagian daripada hasil kaji selidik yang saya jalankan terhadap umat Islam khasnya di Malaysia.


Berikut merupakan salah satu statistik yang saya perolehi setelah mengedarkan borang kaji selidik terhadap 25 orang pelajar di sebuah sekolah menengah secara rawak.


Berikut merupakan sedikit komen daripada saya :


1.   Lebih separuh dari responden mengamalkan tabiat menahan buang air kecil di mana tabiat ini boleh membawa risiko kepada penyakit kronik seperti batu karang, masalah buang air kecil, masalah darah tinggi dan yang seumpama dengannya.

2.   Lebih dari separuh responden mengamalkan tabiat menahan buang air besar sedangkan tabiat ini boleh membawa risiko untuk menjahanamkan tubuh badan kerana menyimpan bahan yang tidak diperlukan untuk tempoh yang tidak sesuai. Sedangkan, Imam al-Ghazali di dalam kitab yang berkaitan dengan kedoktorannya, mengatakan bahawa sekiranya kita menahan buang air kecil dan air besar, kita akan memudaratkan tubuh badan kita. Ini sememangnya sudah terbukti kerana kebanyakkan mereka yang datang bagi mendapatkan khidmat atau rawatan dengan pihak kami rata-ratanya mengamalkan tabiat-tabiat ini.


3.   Tapak tangan mudah berpeluh sebenarnya adalah satu simptom kepada masalah-masalah yang berkait dengan saluran paru-paru seperti batuk-batuk, mudah berpeluh, tidur malam panas, dan macam-macam lagi. Tetapi ia juga merupakan petanda kepada masalah di sistem pembiakan tubuh badan kita kerana jika tapak tangan atau tubuh kita mudah berpeluh tanpa semena-mena, menunjukkan bahawa metabolisma air pada tubuh badan kita tidak seimbang. Dari graf tersebut, menunjukkan bahawa tidak sampai separuh dari responden yang menghidapinya.

4.   Data menunjukkan tidak ramai yang menghidapi masalah ini, tetapi juga membuktikan ada yang sudah berisiko tinggi untuk mempunyai masalah ini berdasarkan data 1.


5.   Data ini turut menyatakan bahawa kebanyakkan responden tidak mengalami masalah yang kritikal lagi jika berkaitan dengan masalah tenaga lelaki dan sistem pembaikan, namun juga membuktikan bahawa gaya hidup tidak sihat mereka telah menjejaskan sistem pencernaan mereka dan pastinya akan membawa sedikit sebanyak kesan kepada pengamalnya.

6.   Data ini amat mengecewakan penulis kerana rata-rata responden tidak mengamalkan apa jua teknik senaman atau yang seumpama dengannya. Ini kerana, dengan senaman, kita boleh sekaligus melaksanakan sunnah Nabi SAW dan di masa yang sama menstimulasi semua titik di dalam tubuh badan kita sekaligus berusaha untuk mecapai kesihatan yang baik.


7.   Dari segi pemakanan, penulis mendapati kebanyakkan responden sememangnya tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Kurang memakan herba dan juga mengamalkan pemakan yang tidak sihat seperti sering memakan makanan yang masam sedang Nabi SAW juga mengamalkan herba seperti Habbatus Sauda’. Imam Syafi’I pula menyatakan bahawa memakan makanan yang masam itu boleh melemahkan persetubuhan.

8.   Data menunjukkan tidak ramai responden yang minat memakai bau-bauan sedangkan ia juga adalah satu perangsang atau terapi untuk tubuh. Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat sukakan minyak wangi dan badannya sentiasa berbau wangi, ini menunjukkan bahawa responden tidak prihatin akan perkara-perkara sebegini.


9.  Data ini tidak boleh diterima pakai kerana ramai responden yang tersalah faham di antara memberus gigi dan bersugi.

 Dapat disimpulkan di sini bahawa terdapat sebahagian daripada mereka yang telah pun menghidapi penyakit yang tidak sepatutnya dan tidak kurang juga ramai yang berisiko tinggi untuk mempunyai masalah yang serupa.
Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana gaya hidup yang mereka amalkan.

Adalah menjadi harapan bagi pihak kami bahawa para pembaca mahupun pihak kami sendiri supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi membuntikan kesyukuran kita kepada ALLAH SWT.


Sekian, terima kasih.

Thursday 12 July 2012

Sejarah Diri Bersama Stimulatherapy.

Saya mula menceburkan diri di dalam dunia perubatan ini sejak tahun 2010 lagi.

Pada ketika itu, saya sendiri menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan bermacam-macam jenis penyakit lagi.



Di takdirkan ALLAH SWT, salah seorang rakan (Imran Yaakub) saya telah menjemput saya bersama seorang sahabat saya (Rahiman Salmi) untuk ke pusat rawatan Stimulatherapy yang dimilikinya di sebuah kawasan yang terletak di Selangor.

Abang Imran telah memperkenalkan saya dengan minuman herba (Wali Drink) yang telah diformulasikan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP, PJK) yang juga merupakan pengasas kepada ilmu perubatan Stimulatherapy ini.






Pada malam pertama badan terasa memang panas, berpeluh dan macam-macam lagi. Setelah mengamalkan peminuman Wali Drink itu untuk beberapa kali, dengan izin ALLAH SWT, badan terasa amat segar sekali.

Tanda-tanda masalah darah tinggi dan bermacam jenis penyakit lagi sudah hilang dan ini telah membuatkan saya menjadi lebih bersemangat lagi untuk mendalami ilmu perubatan Stimulatherapy ini.

Saya telah melakukan kajian-kajian tertentu dan merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh ulamak silam dan bermacam-macam lagi kaedah kajian bagi merungkai lagi rahsia ataupun hikmah yang terdapat di dalam peninggalan Rasul junjungan iaitu Muhammad SAW dari sudut Stimulatherapy.

Segala puji bagi ALLAH SWT, pelbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran saya sejak sekian lama semakin banyak yang terjawab.

Dengan izin ALLAH SWT, saya akan berkongsi pelbagai penemuan-penemuan yang telah dijumpai oleh saya dan sahabat-sahabat saya.



Semoga saya dan sahabat-sahabat yang berjuang di jalan ALLAH SWT ini terus istiqamah bagi mencapai kejayaan hakiki.



Pautan yang berkaitan:


Mati Pucuk (Bahagian 1)


Mati Pucuk (Bahagian 2)


Mati Pucuk (Bahagian 3)


Mati Pucuk (Bahagian 4)





Tuesday 3 July 2012

Kepakaran di dalam Stimulatherapy

Berikut merupakan sebahagian daripada kelulusan saya di dalam bidang Stimulatherapy ini:


- Certificate in complimentary medicines (Stimulatherapy) by Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU).
- Stimulatherapy advance module (Accupressure) by ITKAU.
- Stimulatherapy advance module (Male Sexual Therapy) by ITKAU.
- Ditauliahkan sebagai tenaga pengajar modul asas Stimulatherapy dari ITKAU.
- Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pengamal perubatan tradisional dan komplementari tempata.
- Ijazah Sarjana Muda dalam perubatan komplementari (Pengkuhususan Perubatan Stimulatherapy) (B.cM) oleh Asia Pacific Open University (8.7.2012 insyaALLAH).


Saya telah memilih untuk menjadi salah seorang pakar di dalam menyelesaikan masalah tenaga lelaki di dalam bidang Stimulatherapy ini.


Penulis ketika bersama rakan-rakan sekelas dan Dato' Dr. Rusly Abdullah (http://www.facebook.com/datorusly.abdullah)


Saya juga telah menjalankan pelbagai kajian dan menulis sebuah buku yang mempunyai halaman sebanyak lebih dari 200 muka surat dan sekarang di dalam usaha untuk mendalami lebih lanjut di dalam permasalahan ini.

Sebarang persoalan yang hendak diajukan boleh dinyatakan di sini atau di dalam halaman Facebook syarikat saya iaitu http://www.facebook.com/DarulNaimWellnessTrainingCentre.


Sebarang permintaan kelas persendirian dari segi kesihatan, rundingan kesihatan, kursus, usaha sama perniagaan dan sebagainya juga boleh dinyatakan di pautan yang telah dilampirkan.


Semoga segala usaha ini mampu menjadi salah satu usaha saya untuk ke syurga milik ALLAH SWT.

Sunday 1 July 2012

Punca Masalah Kesihatan



الْ يَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَثْمَمْتُ عَلَيْكُمْ
نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini, telah AKU (ALLAH) sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah AKU (ALLAH) lengkapkan ke atas kamu akan nikmatKU(ALLAH) dan AKU(ALLAH) redha Islam sebagai agama untuk kamu”. (Al-Maidah ayat 3, Kewajipan Remaja Muslim Hari ini, ms 7).

Dr Yusuf al-Qardhawi di dalam salah sebuah kitabnya iaitu ‘Kewajipan Remaja Muslim Hari ini’ menafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kita dilarang menambahkan perkara yang tidak muafakat dengan syarak ataupun mengurangkan apa-apa yang ada di dalam agama Islam, tidak kiralah yang melibatkan hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Agama Islam telah mewariskan penganutnya cara hidup yang terbaik sama ada dari segi akhlak sesama manusia, akhlak sesama mahluk mahupun akhlak dengan ALLAH SWT. Selain itu, umat Islam juga diajar akan adab ketika makan dan minum, adab ketika menuntut ilmu, adab ketika berjimak, adab ketika solat, adab ketika bangun dari tidur, dan banyak lagi adab yang sebenarnya meliputi kehidupan seluruh manusia.

Ayat Al-Maidah ayat ke 3 tersebut menjadi bukti bahawa segala nikmat hanya akan tercapai sekiranya kita mengikuti jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. secara seluruhnya. Islam telah menggariskan jalan kehidupan yang sangat sempurna, yang membolehkan umatnya mencapai kesempurnaan di dalam mencari harta, pengurusan kerajaan yang sempurna, hubungan kekeluargaan yang baik, kesihatan yang terjaga, dan banyak lagi.

Saya mendapati, kebanyakkan pelanggan yang mengalami masalah kesihatan adalah kerana mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ayuh kita mendalami, bagaimanakah cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan baginda.