Thursday 12 July 2012

Sejarah Diri Bersama Stimulatherapy.

Saya mula menceburkan diri di dalam dunia perubatan ini sejak tahun 2010 lagi.

Pada ketika itu, saya sendiri menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan bermacam-macam jenis penyakit lagi.



Di takdirkan ALLAH SWT, salah seorang rakan (Imran Yaakub) saya telah menjemput saya bersama seorang sahabat saya (Rahiman Salmi) untuk ke pusat rawatan Stimulatherapy yang dimilikinya di sebuah kawasan yang terletak di Selangor.

Abang Imran telah memperkenalkan saya dengan minuman herba (Wali Drink) yang telah diformulasikan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP, PJK) yang juga merupakan pengasas kepada ilmu perubatan Stimulatherapy ini.






Pada malam pertama badan terasa memang panas, berpeluh dan macam-macam lagi. Setelah mengamalkan peminuman Wali Drink itu untuk beberapa kali, dengan izin ALLAH SWT, badan terasa amat segar sekali.

Tanda-tanda masalah darah tinggi dan bermacam jenis penyakit lagi sudah hilang dan ini telah membuatkan saya menjadi lebih bersemangat lagi untuk mendalami ilmu perubatan Stimulatherapy ini.

Saya telah melakukan kajian-kajian tertentu dan merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh ulamak silam dan bermacam-macam lagi kaedah kajian bagi merungkai lagi rahsia ataupun hikmah yang terdapat di dalam peninggalan Rasul junjungan iaitu Muhammad SAW dari sudut Stimulatherapy.

Segala puji bagi ALLAH SWT, pelbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran saya sejak sekian lama semakin banyak yang terjawab.

Dengan izin ALLAH SWT, saya akan berkongsi pelbagai penemuan-penemuan yang telah dijumpai oleh saya dan sahabat-sahabat saya.



Semoga saya dan sahabat-sahabat yang berjuang di jalan ALLAH SWT ini terus istiqamah bagi mencapai kejayaan hakiki.



Pautan yang berkaitan:


Mati Pucuk (Bahagian 1)


Mati Pucuk (Bahagian 2)


Mati Pucuk (Bahagian 3)


Mati Pucuk (Bahagian 4)





2 comments:

  1. Assalamualaikum ,
    kaum perempuan pun boleh minum jugak ke ?

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam.

    Mohon maaf kerana terlambat untuk respon.

    Boleh insyaALLAH.

    Kami juga mempunyai banyak testimoni yang bagus daripada kaum wanita.

    InsyaALLAH akan dikongsikan di dalam masa yang terdekat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete