Wednesday 25 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 4)

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin berkongsi salah satu faktor utama yang menyebabkan timbulnya masalah kesihatan yang kronik seperti pembentukan batu karang. Kebiasaannya, kaum lelaki yang telah dikesan mempunyai masalah batu karang ini akan dilanda beberapa masalah seperti:

1- Terasa sangat sakit ketika membuang air kecil.
2- Sukar untuk membuang air kecil.
3- Masalah tenaga batin.
4- Dan pelbagai lagi masalah kronik yang lain.

Suka untuk saya menghuraikan setiap masalah yang telah dinyatakan di atas.

1. Pembawa batu karang akan menghadapi kesakitan yang sukar untuk digambarkan ketika hendak membuang air kecil kerana batu karang yang bersaiz matang akan membawa masalah yang besar iaitu saluran kencing tersumbat. 

Apabila saluran kencing tersumbat atau mengecil sedangkan air kencing yang perlu melalui saluran tersebut tetap menggunakan halaju yang sama, tekanan yang terpaksa ditanggung oleh saluran ureter dan ini pastinya akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat.

Saya pernah mendalami ilmu fizik beberapa masa yang lepas dan di sini ingin saya kaitkan sedikit dengan ilmu perubatan Stimulatherapy ini. Antara yang boleh dikaitkan adalah tekanan, tekanan cecair ataupun kaitan antara ketumpatan dan tekanan. Mungkin ada di antara pembaca yang kurang faham akan penjelasan yang terdapat di dalam pautan yang saya kongsikan itu. Oleh itu, ini adalah kesimpulan yang dibuat oleh saya, iaitu:

- Semakin mengecil diameter laluan saluran kencing (kerana disekat oleh batu karang) sedangkan air kencing bergerak dengan halaju yang sama ataupun berkurang sedikit sahaja, semakin tinggi tekanan yang dihasilkan oleh cecair tersebut dan dinding ureter terpaksa menampung tekanan tersebut yang kebiasaannya mengakibatkan kesakitan ataupun lebih teruk lagi, kecederaan.

2. Masalah ini terjadi adalah kerana ia merupakan kesinambungan kepada masalah yang pertama sebentar tadi. Orang yang mengalami kesakitan ketika membuang air kecil, sukar untuk menerima hakikat bahawa dia perlu merasainya sekali lagi, kemudian sekali lagi, kemudian berulang lagi.

3. Adalah amat sukar untuk seseorang yang mengalami  kesakitan di bahagian pinggang, ari-ari dan zakar mempunyai nafsu seks yang tinggi. Dan kesakitan ataupun kecederaan yang dialami akibat daripada masalah batu karang ini berpotensi menyebabkan timbulnya masalah lemah tenaga batin ataupun mati pucuk.

4. Kenapakah saya menyatakan penghidap masalah batu karang ini berpotensi untuk menghidap pelbagai lagi penyakit kronik yang lain? Kerana kebiasaan mereka yang mengalami masalah batu karang ini adalah individu yang kurang mengambil berat akan kesihatan tubuh badan mereka. Adalah tidak menghairankan sekiranya orang seperti ini mempunyai pelbagai penyakit kronik di dalam bentuk pakej.


FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH
Apakah antara faktor utama masalah batu karang ini? Di dalam pautan yang saya kongsikan sebentar tadi mengatakan dari segi diet, pembentukan kristal kerana terlebih bahan-bahan tertentu. Suka saya kongsikan di sini bahawa antara faktor utama berlakunya masalah ini adalah kerana sikap gemar menahan buang air kecil.

Ada ulamak yang mengatakan, bahawa menahan air kecil itu merosakkan badan, sebagaimana sungai merosakkan sekelilingnya apabila tersumbat tempat mengalirnya.

Mengikut pengalaman saya ketika menuntut di Sekolah Menengah Dato' Ahmad Maher, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ataupun di Universiti Malaya beberapa tahun yang lepas, ramai kaum muda yang gemar mengamalkan tabiat menahan buang air kecil ini terutamanya ketika kelas berlangsung, biarpun terpaksa menahan selama 2 jam!

Antara faktor yang menyebabkan mereka mengamalkan tabiat menahan buang air kecil ini adalah kerana malu. Aduhai saudara-saudaraku, lupakah anda akan hari di mata-mata terbeliak? Tidakkah anda takut sekiranya dipersoalkan oleh ALLAH SWT, kenapakah anda tidak memelihara nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT?

Tetapi jika mati pucuk adalah keinginan anda, teruskanlah dengan mengamalkan tabiat ini!

IKLAN

Di dalam minuman herba wali drink yang diformulasikan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP,PJK), terdapat sejenis herba yang dicampur bersama iaitu Amomum Cardamomum.


Herba ini sering digunakan untuk memecahkan batu karang dan seterusnya melancarkan kembali pengaliran air kencing, insya-ALLAH.

Pernah seorang pesakit saya yang mempunyai masalah batu karang ini meminum minuman wali drink untuk 2 kali dan di dalam jangka masa tersebut, pinggangnya terasa amat sakit dan sukar untuk berdiri tegak.


Selang beberapa hari, alhamdulillah, masalah itu selesai.

Sekian, terima kasih.



Sumber:
     Imam Al Ghazali. Ihya' 'Ulumiddin, Jilid 2.

      Mohd Saidin bin Abd Wahid, 2012. Urutan Stimulatherapy Ke Arah Membantu Menyelesaikan Masalah Tenaga Lelaki Dalam Kalangan Lelaki Melayu Malaysia- Satu Kajian.

      Dato’ Dr. Rusly Abdullah DIMP, PJK, 2011. Stimulatherapy Workshop On Acupressure Advanced Sub Module Part Two.

      Dato’ Dr. Rusly Abdullah DIMP, PJK, 2009. Program Kursus Perubatan Komplimentari Stimulatherapy.

      Intan Nur Laily Ahmad, 2009. Urutan Minda Stimulatherapy Ke Arah Membentuk Sahsiah, Sikap Dan Kecerdasan Kanak-Kanak Melayu Di Sekolah RendahSatu Kajian.

     
         http://hyperphysics.phyastr.gsu.edu/hbase/pflu.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Pressure

http://en.wikipedia.org/wiki/Kidney_stone

http://physics.info/pressure-volume/



Pautan yang berkaitan:

Mati Pucuk (Bahagian 1)

Mati Pucuk (Bahagian 2)

Mati Pucuk (Bahagian 3)

Mati Pucuk (Bahagian 4)



No comments:

Post a Comment