Monday 23 July 2012

Mati Pucuk (Bahagian 3)

Assalamualaikum.

Mati pucuk adalah satu masalah yang berkait dengan kesihatan yang sangat kritikal. Mati pucuk merupakan satu bentuk masalah yang merupakan kesinambungan kepada masalah lemah batin seseorang lelaki.

Masalah tenaga batin seseorang lelaki boleh terjadi atas beberapa sebab antaranya adalah masalah fikiran, masalah kesihatan ataupun kemalangan. 

Masalah fikiran biasanya terjadi apabila sesuatu permasalahan yang berlaku di dalam hidup seseorang lelaki itu telah menjadikan dia mengalami stress yang keterlaluan. Ekonomi, hubungan sosial, kurang didikan agama merupakan beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah fikiran ini.

Masalah kesihatan pula kebiasannya berlaku kepada mereka yang tidak mengambil berat akan soal kesihatan diri mereka sendiri. Contohnya adalah masalah batu karang, kencing manis, obesiti dan yang seumpama dengannya. Antara punca berlakunya masalah ini adalah seperti kerap menahan buang air kecil atau air besar, tidak bersenam, gemar akan makanan yang diawet dan sebagainya.

Selain itu, kemalangan juga boleh menyumbang kepada masalah lemah tenaga lelaki ini. Tidak perlu saya menyebut contohnya di sini kerana saya tidak sanggup untuk menggambarkannya dan anda sendiri sudah faham apakah yang saya maksudkan di sini.

Sebelum saya menghuraikan lebih lanjut akan ketiga-tiga permasalahan tersebut, sukacitanya di sini ingin saya berkongsi dengan anda sebahagian simptom-simptom yang menandakan anda sudah pun mengalami masalah mati pucuk ataupun berisiko untuk mengalaminya (masalah lemah batin). Antaranya ialah:

1. Pedih ketika membuang air kecil.
2. Dedas (Tidak puas membuang air kecil).
3. Zakar tidak meregang ketika waktu bangun dari tidur/ waktu Subuh.
4. Kerap kebas kaki ataupun tangan.
5. Kerap sakit kepala / migrain.
6. Air kencing yang terlalu keruh.
7. Air kencing yang bercabang.
8. Tidak mampu mengawal pembuangan air kecil [Kritikal]
9. Terasa terbakar di bahagian zakar ketika membuang air kecil.
10. Sering sembelit atau cirit birit.

Antara herba yang boleh digunakan untuk mengatasi simptom-simptom yang saya sebutkan sebentar tadi adalah Calotropis Gigantea. Sayangnya, saya masih belum dapat berkongsi bagaimanakah cara penggunaannya kerana setakat ini pihak kami hanya menggunakan minuman herba yang diformulasikan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP, PJK) sahaja kerana ianya adalah lebih mudah, berkesan (Insya-ALLAH) dan murah.


Kesimpulannya, berhati-hati di dalam memilih pemakanan anda, pastikan anda bersenam, jaga hak-hak ALLAH SWT dan sebagainya, insya-ALLAH akan memperolehi kehidupan yang bahagia.





Pautan yang berkaitan:



Mati Pucuk (Bahagian 3)





No comments:

Post a Comment