Tuesday 17 July 2012

Kualiti kehidupan remaja.

Assalamualaikum.


Mengikut kata para ulamak, penyakit itu terbahagi kepada dua. Yang pertama adalah penyakit zahiriah ataupun penyakit fizikal seperti masalah mati pucuk, kencing manis, gout dan yang seumpama dengannya. Manakala penyakit yang kedua adalah penyakit rohani.


Kali ini saya tidak akan menyentuh lagi isu penyakit rohani. Apa yang ingin dikongsi oleh saya adalah sebahagian daripada hasil kaji selidik yang saya jalankan terhadap umat Islam khasnya di Malaysia.


Berikut merupakan salah satu statistik yang saya perolehi setelah mengedarkan borang kaji selidik terhadap 25 orang pelajar di sebuah sekolah menengah secara rawak.


Berikut merupakan sedikit komen daripada saya :


1.   Lebih separuh dari responden mengamalkan tabiat menahan buang air kecil di mana tabiat ini boleh membawa risiko kepada penyakit kronik seperti batu karang, masalah buang air kecil, masalah darah tinggi dan yang seumpama dengannya.

2.   Lebih dari separuh responden mengamalkan tabiat menahan buang air besar sedangkan tabiat ini boleh membawa risiko untuk menjahanamkan tubuh badan kerana menyimpan bahan yang tidak diperlukan untuk tempoh yang tidak sesuai. Sedangkan, Imam al-Ghazali di dalam kitab yang berkaitan dengan kedoktorannya, mengatakan bahawa sekiranya kita menahan buang air kecil dan air besar, kita akan memudaratkan tubuh badan kita. Ini sememangnya sudah terbukti kerana kebanyakkan mereka yang datang bagi mendapatkan khidmat atau rawatan dengan pihak kami rata-ratanya mengamalkan tabiat-tabiat ini.


3.   Tapak tangan mudah berpeluh sebenarnya adalah satu simptom kepada masalah-masalah yang berkait dengan saluran paru-paru seperti batuk-batuk, mudah berpeluh, tidur malam panas, dan macam-macam lagi. Tetapi ia juga merupakan petanda kepada masalah di sistem pembiakan tubuh badan kita kerana jika tapak tangan atau tubuh kita mudah berpeluh tanpa semena-mena, menunjukkan bahawa metabolisma air pada tubuh badan kita tidak seimbang. Dari graf tersebut, menunjukkan bahawa tidak sampai separuh dari responden yang menghidapinya.

4.   Data menunjukkan tidak ramai yang menghidapi masalah ini, tetapi juga membuktikan ada yang sudah berisiko tinggi untuk mempunyai masalah ini berdasarkan data 1.


5.   Data ini turut menyatakan bahawa kebanyakkan responden tidak mengalami masalah yang kritikal lagi jika berkaitan dengan masalah tenaga lelaki dan sistem pembaikan, namun juga membuktikan bahawa gaya hidup tidak sihat mereka telah menjejaskan sistem pencernaan mereka dan pastinya akan membawa sedikit sebanyak kesan kepada pengamalnya.

6.   Data ini amat mengecewakan penulis kerana rata-rata responden tidak mengamalkan apa jua teknik senaman atau yang seumpama dengannya. Ini kerana, dengan senaman, kita boleh sekaligus melaksanakan sunnah Nabi SAW dan di masa yang sama menstimulasi semua titik di dalam tubuh badan kita sekaligus berusaha untuk mecapai kesihatan yang baik.


7.   Dari segi pemakanan, penulis mendapati kebanyakkan responden sememangnya tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Kurang memakan herba dan juga mengamalkan pemakan yang tidak sihat seperti sering memakan makanan yang masam sedang Nabi SAW juga mengamalkan herba seperti Habbatus Sauda’. Imam Syafi’I pula menyatakan bahawa memakan makanan yang masam itu boleh melemahkan persetubuhan.

8.   Data menunjukkan tidak ramai responden yang minat memakai bau-bauan sedangkan ia juga adalah satu perangsang atau terapi untuk tubuh. Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat sukakan minyak wangi dan badannya sentiasa berbau wangi, ini menunjukkan bahawa responden tidak prihatin akan perkara-perkara sebegini.


9.  Data ini tidak boleh diterima pakai kerana ramai responden yang tersalah faham di antara memberus gigi dan bersugi.

 Dapat disimpulkan di sini bahawa terdapat sebahagian daripada mereka yang telah pun menghidapi penyakit yang tidak sepatutnya dan tidak kurang juga ramai yang berisiko tinggi untuk mempunyai masalah yang serupa.
Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana gaya hidup yang mereka amalkan.

Adalah menjadi harapan bagi pihak kami bahawa para pembaca mahupun pihak kami sendiri supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi membuntikan kesyukuran kita kepada ALLAH SWT.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment